Showing posts with label rupa2nya tak macam cukup kimia pun.. Show all posts
Showing posts with label rupa2nya tak macam cukup kimia pun.. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Bom fosforus : Penyalahgunaan Ilmu Kimia

Fosforus (Bahasa Yunani phosphoros, bermaksud "pembawa cahaya" iaitu nama kuno bagi planet Zuhrah) dijumpai oleh ahli alkimia Jerman yang bernama Hennig Brand pada tahun 1669 melalui persediaan daripada air kencing. Menjalankan kajiannya di Hamburg, Brand cuba untuk menyuling garam dengan mengewapkan air kencing, dan dalam proses tersebut sejenis bahan putih terhasil dan membara dalam keadaan gelap serta terbakar dengan cerahnya. Semenjak itu, perkataan pendarfosfor telah digunakan untuk menerangkan bahan yang berkilau dalam keadaan gelap tanpa terbakar.





Mancis awal menggunakan fosforus putih dalam komposisinya, dan adalah berbahaya kerana ketoksikannya. Pembunuhan, bunuh diri, dan keracunan secara tak sengaja merupakan akibat daripada penggunaannya. (Satu kisah yang diragukan menceritakan tentang percubaan seorang wanita untuk membunuh suaminya dengan meletakkan fosforus putih dalam makanannya, yang kemudiannya dikesani dalam stew yang menghasilkan stim berkilau). Tambahan pula, pendedahan kepada wap menyebabkan pekerja kilang mancis menghidapi nekrosis pada tulang rahang, yang dikenali sebagai "phossy-jaw" (rahang fosforus). Apabila fosforus merah ditemui, yang mempunyai kemudahbakaran dan ketoksikan yang lebih rendah, ia kemudiannya diterima guna sebagai pengganti yang lebih selamat untuk penghasilan mancis.




Oleh kerana kereaktifannya dengan udara dan lain-lain bahan yang mengandungi oksigen, fosforus tidak dijumpai secara bebas dalam semulajadi tetapi teragih secara meluas dalam pelbagai jenis mineral. Batuan fosfat, yang diperbuat separanya daripada apatit (sejenis mineral tri-kalsium fosfat tak tulen), adalah sumber komersil penting untuk unsur ini. Mendapan besar apatit dijumpai di China, Russia, Maghribi, Florida, Idaho, Tennessee, Utah, dan lain-lain lagi. Namun terdapatnya bimbangan tentang berapa lamanya mendapan fosforus akan bertahan. Amerika Syarikat akan kehabisan mendapannya pada sekitar tahun 2035. China dan Maghribi mempunyai mendapan terbesar yang diketahui pada hari ini, namun ia juga akan kemudiannya menyusut. Semasa kehabisan fosforus, akan terdapatnya pelbagai masalah serius dalam penghasilan makanan sejagat kerana fosforus adalah ramuan yang sangat penting dalam baja.




Alotrop putih boleh dihasilkan menggunakan beberapa kaedah yang berbeza. Dalam satu proses, tri-kalsium fosfat, yang diterbitkan daripada batuan fosfat, dipanaskan dalam relau elektrik atau relau pembakaran bahan api dengan kehadiran karbon dan silika. Unsur fosforus kemudiannya dibebaskan dalam bentuk wap dan boleh dikumpulkan dalam bentuk asid fosforik.


Kini, Israel telah menyalahkan kelebihan fosforus, dan menggunakan bom fosforus ke atas rakyat Palestin, di mana rata-rata mangsa yang terkena kesannya adalah orang awam, dan kebanyakannya adalah kanak-kanak!

















Sunday, March 13, 2011

Weapons Of Mass Destruction (WMD)

Ok, post ini mungkin berbunyi tidak serius dan tidak 'ilmiah'. Nak buat camana, ini adalah style aku. Nak serius2 sila baca Blog Serius.

Korang semua pernah dengar tak WMD which is weapons of mass destruction? Hm? Tak pernah? Kalau macam tu, Iraq kena serang dengan USA kononnya sebab apa? Yeah baby anda betul! Kononnya sebab WMD ini lah.

Apa benda sebenarnya WMD ni? Baik, WMD ini secara senangnya adalah senjata yang mampu membunuh dan membawa ancaman besar kepada manusia, alam binaan , alam sekitar dan biologikal alam ini. Since nama pun Weapons off Mass Destruction kan,hahahaha. Bagaimanapun, skop dan konsep WMD ini berubah mengikut masa.

Dulu, carpet bombing pun dikira sebagai WMD sebab ianya mass dan destructive. Tapi manusia makin bijak dalam berfikir dan mencari helah. Maka wujudlah senjata WMD ini dalam konteks chemical, biological, radiological and nuclear.


Pengeboman karpet


Jika diikutkan sejarah, sejak dari zaman abad 10/11 lagi manusia sudah menggunakan taktik WMD ni. Tambah lagi waktu Perang Salib antara Kristian dan Muslim. Caranya?Korang tahu kan trebuchet tu apa? Catapult? Dengan menggunakan trebuchet (ataupun catapult), pihak menyerang akan menggantikan blok2 batu dengan plague- infected bangkai kerbau/mayat pihak lawan, ataupun kepala pihak lawan yang sudah dipancung dengan cantiknya.

So bila mayat2 apa bala ni semua masuk dalam territory opponent, maka mereka tiada peluang yang clear untuk uruskan benda ni (plus rasa jijik/horror/ lemah semangat). Maka merebaklah plague dari bangkai2 ini. Lembiklah defenders of the wall, dan mudahlah mereka untuk menembusi seraya menakluki kota itu.

Uncang tu diorang gantikan batu dengan bangkai lembu/mayat/kepala orang

Ok itu zaman kuno.

Masuk ke zaman abad 20 (1900-2000). Pada suku awal abad ini umum tahu yang dunia sedang jatuh cinta dengan peperangan. WW I tahun 1914-1918 dan WW II tahun 1939-45 adalah benchmark terbaik. Sepanjang tempoh ini, banyak inovasi yang terhasil demi kemenangan masing2. Antara senjata WMD terawal yang diguna pada zaman WW I adalah gas mustard. Hoi, bukan sos mustard yang korang boleh pilih bila beli subway tu, tapi ini gas kimia yang merbahaya.

Gas Mustard (a.k.a sulfur H) ini diklasifikasi sebagai vesicant, bermakna ia mampu menghasilkan blisters dan lesions pada kulit malah ke dalam sistem respiratori. Ini sangat merbahaya. Sekali sedut, masuk jantung terus. Sekali terdedah, habis melecur kulit. Tak lupa juga banyak yang buta sebab lapisan membran mukus mata tu sangat sensitif. Kalau nak tengok effek dia , boleh la tengok movie All Quiet on The Western Front.


Forever deformed


Oh lupa, Sebenarnya ia bukannya gas, cuma liquid yang tebal dan volatile. Warnanya kuning, dan baunya macam bawang sket. Oh ini blog kimia, kena letak chemical structure sket. Nama i.c dia


Bis (2-chloroethyl) sulfide


Ada lagi, banyak lagi yang diguna masa WW I. Tapi kita skip.Then, yang next glamour is gas Sarin. Bunyi macam nama awek kan, tapi horror sebenarnya gas ni. Apa yang horror? Gas ini takda bau dan warna malah mencapai tahap deadly even dalam dose 0.5 miligram. Experts juga kata, yang gas ni 500x lebih bagus dari cyanide. Cyanide? Mostly setiap officer/ general/ spies zaman WW dulu akan ada stok pill cyanide dalam poket. Ini bertujuan untuk digigit dan mampos terus supaya segala rahsia tak berjaya dikorek oleh opponent.

Ok, balik pada sarin. Kes paling diingat adalah pada Mac 1995 kat Jepun oleh group religious cult Aum Shinrikyo. Ahli2 mereka melepaskan gas sarin pada beberapa critical point kat Tokyo subway system, membunuh 11 dan mencederakan more than 5500. Casualties agak minimized since asrin tu dalam bentuk liquid, so pihak keselamatan sempat nak seal the infected area. Antara simptom2 gas ini: miosis, sakit kepala, dyspnea, nausea, ocular pain, blurred vission, vomiting, coughing dan muscle weakness. Kalau kronik dia attack sistem respiratori dan kardiopulmanori.


Serangan gas (liquid) Sarin di Tokyo Subway system


Seterusnya, kita pergi pula pada Iraq. Nanti, korang jangan kata Iraq tu suci okay. Iraq semasa hujung 80an dan awal 90an adalah pengamal tegar senjata WMD sub- biological ni. Buktinya? Ini buktinya.


Jangan kata Saddam Hussein tu Muslim yang warak ye


Mustard itu dah pasti, Tabun dan nerve agent pulak yang baru dengar kan? Ringkasnya, tabun ni tiada colour dan rasa. Cuma ada bau sket2 macam buah. Efek kalau kena? Fuh, panjang. Nervousness/restlessness, miosis, rhinorrhea, excessive sallivation, dsypnea, sweating, bradycardia, loss of consciousness, convulsions, flaccid paralysis, hilang kawalan kencing dan berak, apnea dan lung blisters. Efek2 semua ni akan muncul secara pelan2 selepas diabsorbed gas tabun ini..

O-ethyl S-(-2-diisopropylaminoethyl) methylphosphonothioat


Sebenarnya, ada banyak lagi senjata WMD sub-biological yang super merbahaya seperti anthrax (yang pernah famous melalui surat disapu bedak anthrax), soman, cyclosarin, GV dan cyanogen chloride. Kesannya, bahan2 yang diperlukan untuk penghasilan senjata kimia ini dikawal ketat flownya. Meaning, keluar masuk dan jual beli adalah sangat restricted.

Dalam kelas pagi ini, Prof Jalifah ada bercerita tentang chemist yang tahu benda2 kimia. Prof Ambar pun ada berkata yang chemists adalah orang yang ada 'solution' dan hot property lah senang crita. That's why bila perang pihak yang diserang akan menyelamatkan saintis2 (physicist/chemists) habis- habisan dan pihak menyerang akan cuba menawan saintis2 ini. Kesannya jelas sekali, boleh mencipta teknologi dan senjata baru demi kegunaan perang.

Apapun, bersyukurlah kerana Malaysia belum pernah mengalami peperangan moden yang menggunakan senjata non-konvensional seperti WMD ini. Cuba bayangkan ketika kita tengah tunggu KTM kat KL Sentral punya hub, tiba2 ada orang lepaskan gas mustard atau sarin. Apa nak buat ketika tu?