Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Bom fosforus : Penyalahgunaan Ilmu Kimia

Fosforus (Bahasa Yunani phosphoros, bermaksud "pembawa cahaya" iaitu nama kuno bagi planet Zuhrah) dijumpai oleh ahli alkimia Jerman yang bernama Hennig Brand pada tahun 1669 melalui persediaan daripada air kencing. Menjalankan kajiannya di Hamburg, Brand cuba untuk menyuling garam dengan mengewapkan air kencing, dan dalam proses tersebut sejenis bahan putih terhasil dan membara dalam keadaan gelap serta terbakar dengan cerahnya. Semenjak itu, perkataan pendarfosfor telah digunakan untuk menerangkan bahan yang berkilau dalam keadaan gelap tanpa terbakar.





Mancis awal menggunakan fosforus putih dalam komposisinya, dan adalah berbahaya kerana ketoksikannya. Pembunuhan, bunuh diri, dan keracunan secara tak sengaja merupakan akibat daripada penggunaannya. (Satu kisah yang diragukan menceritakan tentang percubaan seorang wanita untuk membunuh suaminya dengan meletakkan fosforus putih dalam makanannya, yang kemudiannya dikesani dalam stew yang menghasilkan stim berkilau). Tambahan pula, pendedahan kepada wap menyebabkan pekerja kilang mancis menghidapi nekrosis pada tulang rahang, yang dikenali sebagai "phossy-jaw" (rahang fosforus). Apabila fosforus merah ditemui, yang mempunyai kemudahbakaran dan ketoksikan yang lebih rendah, ia kemudiannya diterima guna sebagai pengganti yang lebih selamat untuk penghasilan mancis.




Oleh kerana kereaktifannya dengan udara dan lain-lain bahan yang mengandungi oksigen, fosforus tidak dijumpai secara bebas dalam semulajadi tetapi teragih secara meluas dalam pelbagai jenis mineral. Batuan fosfat, yang diperbuat separanya daripada apatit (sejenis mineral tri-kalsium fosfat tak tulen), adalah sumber komersil penting untuk unsur ini. Mendapan besar apatit dijumpai di China, Russia, Maghribi, Florida, Idaho, Tennessee, Utah, dan lain-lain lagi. Namun terdapatnya bimbangan tentang berapa lamanya mendapan fosforus akan bertahan. Amerika Syarikat akan kehabisan mendapannya pada sekitar tahun 2035. China dan Maghribi mempunyai mendapan terbesar yang diketahui pada hari ini, namun ia juga akan kemudiannya menyusut. Semasa kehabisan fosforus, akan terdapatnya pelbagai masalah serius dalam penghasilan makanan sejagat kerana fosforus adalah ramuan yang sangat penting dalam baja.




Alotrop putih boleh dihasilkan menggunakan beberapa kaedah yang berbeza. Dalam satu proses, tri-kalsium fosfat, yang diterbitkan daripada batuan fosfat, dipanaskan dalam relau elektrik atau relau pembakaran bahan api dengan kehadiran karbon dan silika. Unsur fosforus kemudiannya dibebaskan dalam bentuk wap dan boleh dikumpulkan dalam bentuk asid fosforik.


Kini, Israel telah menyalahkan kelebihan fosforus, dan menggunakan bom fosforus ke atas rakyat Palestin, di mana rata-rata mangsa yang terkena kesannya adalah orang awam, dan kebanyakannya adalah kanak-kanak!

















Sunday, March 13, 2011

Siri Idola #1

1901

Jacobus H. van't Hoff


Ahli kimia pertama yang memenangi Nobel Prize pada tahun 1901. Beliau ialah individu yang bertanggungjawab dalam penemuan hukum kimia dinamik dan penyelesaian tekanan osmotik.

D.O.B : 30 Ogos 1852

Tempat Lahir : Rotterdam, Belanda.

Info : 1869 - Memasuki Polytechnic School di Delft.

1971 - Mendapat Diploma Teknologi.

1872 - Bekerja dengan A.F Kekule di Bonn

1873 - Bekerja dengan A. Wurtz di Paris.

1874 - Kembali ke Belanda, dan mendapat Ijazah Kedoktoran di bawah E.Mulder di

Utrecht. Tesis beliau bertajuk "Contribution to the knowledge of cyanoacetic

acids and malonic acid".

1876 - Menjadi pensyarah di Veterinary College di Utrecht.

1877 - Menjadi pensyarah di University of Amsterdam.

1878 - Dipertanggungjawabkan memegang jawatan Professor of Chemistry,

Minerology dan Geology di universiti yang sama.

- Berkahwin dengan Johanna Francine Mess. Dianugerahkan 2 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.

1884 - Mengeluarkan sebuah buku bertajuk "Studies in dynamic chemistry".

1885 - Wujudnya van't Hoff-Le Chatelier principle.

- Mengemukakan teori tekanan osmotik.

1888 - Orang luar yang pertama bekerja dengan beliau, iaitu Arrhenius.

1901 - Dianugerahkan Hadiah Nobel atas usaha beliau.

Anugerah lain yang pernah diterima :

1892 - Honorary member of the Royal Academy of Sciences, Gottingen.

1893 - The Davy Medal of the Royal Society

1894 - Chevalier de la Legion d'Honneur

1898 - Honorary member of the Chemical Society,London.

- Honorary member of the American Chemical Society.

1901 - Honorary doctorate of Harvard and Yale.

1903 - Honorary doctorate of Victoria University, Manchester

1905 - Honorary member of the Academie des Sciences, Paris.

1908 - Honorary doctorate of Heidelberg

1911 - Helmholtz Medal of The Prussian Academy of Sciences

- Senator der Kaiser-Wilhelm-Gesellschaft




p/s : Letak nama dia dalam penghargaan tesis,boleh?

Saturday, March 12, 2011

Tahun 2011 Tahun Kimia

(...ini adalah surat tak rasmi yang tak mengikut format SPM, PMR mahupun UPSR....sekian...)

Assalamualaikum w.b.t.

Kehadapan chemist2 yang disayangi sekalian. Untuk memastikan Kelab Kimia maju dalam apa sahaja, IT ataupun study, blog ini telah di re-make untuk memastikan Kelab Kimia maju seperti kelab2 maju yang lain seperti Kelab Bolasepak Johor a.k.a Johor FC, Kelab pemimpin rakan sebaya kat sekolah, mahupun kelab-kelab yang sewaktunya.

Untuk memastikan blog ini hidup, ataupun tak bersawang di laman sesawang, semua chemist di UKM, tak kisah JANTINA, tak kira SENIOR or JUNIOR, takde isu2 ko KOLEJ lain, aku KOLEJ lain, anda amat diGALAKkan untuk menjadi author di blog ini. Tak kisah la, nak buat announcement, cerita pasal aktiviti kelab, hatta masukkan info2 mengenai kimia, janji blog ni bernyawa.

Yang dah ada account Gmail, mudah nak jadi author. Yang belum ada, boleh buat, pastu inform kat Kak Suhaila yang anda nak jadi author. Mudah kan?

Anda semua masuk ke UKM dengan nama KIMIA. So, semua employer2 tak akan tanya, "awak ni kolej mana dulu masa kat UKM??" atau apa2 sahaja yang tak berkaitan dengan kerja.

MAJULAH KIMIA UNTUK NEGARA