Saturday, March 26, 2011
i'm new here!
Monday, March 21, 2011
Bom fosforus : Penyalahgunaan Ilmu Kimia
Fosforus (Bahasa Yunani phosphoros, bermaksud "pembawa cahaya" iaitu nama kuno bagi planet Zuhrah) dijumpai oleh ahli alkimia Jerman yang bernama Hennig Brand pada tahun 1669 melalui persediaan daripada air kencing. Menjalankan kajiannya di Hamburg, Brand cuba untuk menyuling garam dengan mengewapkan air kencing, dan dalam proses tersebut sejenis bahan putih terhasil dan membara dalam keadaan gelap serta terbakar dengan cerahnya. Semenjak itu, perkataan pendarfosfor telah digunakan untuk menerangkan bahan yang berkilau dalam keadaan gelap tanpa terbakar.
Mancis awal menggunakan fosforus putih dalam komposisinya, dan adalah berbahaya kerana ketoksikannya. Pembunuhan, bunuh diri, dan keracunan secara tak sengaja merupakan akibat daripada penggunaannya. (Satu kisah yang diragukan menceritakan tentang percubaan seorang wanita untuk membunuh suaminya dengan meletakkan fosforus putih dalam makanannya, yang kemudiannya dikesani dalam stew yang menghasilkan stim berkilau). Tambahan pula, pendedahan kepada wap menyebabkan pekerja kilang mancis menghidapi nekrosis pada tulang rahang, yang dikenali sebagai "phossy-jaw" (rahang fosforus). Apabila fosforus merah ditemui, yang mempunyai kemudahbakaran dan ketoksikan yang lebih rendah, ia kemudiannya diterima guna sebagai pengganti yang lebih selamat untuk penghasilan mancis.
Oleh kerana kereaktifannya dengan udara dan lain-lain bahan yang mengandungi oksigen, fosforus tidak dijumpai secara bebas dalam semulajadi tetapi teragih secara meluas dalam pelbagai jenis mineral. Batuan fosfat, yang diperbuat separanya daripada apatit (sejenis mineral tri-kalsium fosfat tak tulen), adalah sumber komersil penting untuk unsur ini. Mendapan besar apatit dijumpai di China, Russia, Maghribi, Florida, Idaho, Tennessee, Utah, dan lain-lain lagi. Namun terdapatnya bimbangan tentang berapa lamanya mendapan fosforus akan bertahan. Amerika Syarikat akan kehabisan mendapannya pada sekitar tahun 2035. China dan Maghribi mempunyai mendapan terbesar yang diketahui pada hari ini, namun ia juga akan kemudiannya menyusut. Semasa kehabisan fosforus, akan terdapatnya pelbagai masalah serius dalam penghasilan makanan sejagat kerana fosforus adalah ramuan yang sangat penting dalam baja.
Alotrop putih boleh dihasilkan menggunakan beberapa kaedah yang berbeza. Dalam satu proses, tri-kalsium fosfat, yang diterbitkan daripada batuan fosfat, dipanaskan dalam relau elektrik atau relau pembakaran bahan api dengan kehadiran karbon dan silika. Unsur fosforus kemudiannya dibebaskan dalam bentuk wap dan boleh dikumpulkan dalam bentuk asid fosforik.
Kini, Israel telah menyalahkan kelebihan fosforus, dan menggunakan bom fosforus ke atas rakyat Palestin, di mana rata-rata mangsa yang terkena kesannya adalah orang awam, dan kebanyakannya adalah kanak-kanak!
Sunday, March 13, 2011
Weapons Of Mass Destruction (WMD)
Korang semua pernah dengar tak WMD which is weapons of mass destruction? Hm? Tak pernah? Kalau macam tu, Iraq kena serang dengan USA kononnya sebab apa? Yeah baby anda betul! Kononnya sebab WMD ini lah.
Apa benda sebenarnya WMD ni? Baik, WMD ini secara senangnya adalah senjata yang mampu membunuh dan membawa ancaman besar kepada manusia, alam binaan , alam sekitar dan biologikal alam ini. Since nama pun Weapons off Mass Destruction kan,hahahaha. Bagaimanapun, skop dan konsep WMD ini berubah mengikut masa.
Dulu, carpet bombing pun dikira sebagai WMD sebab ianya mass dan destructive. Tapi manusia makin bijak dalam berfikir dan mencari helah. Maka wujudlah senjata WMD ini dalam konteks chemical, biological, radiological and nuclear.
Jika diikutkan sejarah, sejak dari zaman abad 10/11 lagi manusia sudah menggunakan taktik WMD ni. Tambah lagi waktu Perang Salib antara Kristian dan Muslim. Caranya?Korang tahu kan trebuchet tu apa? Catapult? Dengan menggunakan trebuchet (ataupun catapult), pihak menyerang akan menggantikan blok2 batu dengan plague- infected bangkai kerbau/mayat pihak lawan, ataupun kepala pihak lawan yang sudah dipancung dengan cantiknya.
So bila mayat2 apa bala ni semua masuk dalam territory opponent, maka mereka tiada peluang yang clear untuk uruskan benda ni (plus rasa jijik/horror/ lemah semangat). Maka merebaklah plague dari bangkai2 ini. Lembiklah defenders of the wall, dan mudahlah mereka untuk menembusi seraya menakluki kota itu.
Ok itu zaman kuno.
Gas Mustard (a.k.a sulfur H) ini diklasifikasi sebagai vesicant, bermakna ia mampu menghasilkan blisters dan lesions pada kulit malah ke dalam sistem respiratori. Ini sangat merbahaya. Sekali sedut, masuk jantung terus. Sekali terdedah, habis melecur kulit. Tak lupa juga banyak yang buta sebab lapisan membran mukus mata tu sangat sensitif. Kalau nak tengok effek dia , boleh la tengok movie All Quiet on The Western Front.
Ok, balik pada sarin. Kes paling diingat adalah pada Mac 1995 kat Jepun oleh group religious cult Aum Shinrikyo. Ahli2 mereka melepaskan gas sarin pada beberapa critical point kat Tokyo subway system, membunuh 11 dan mencederakan more than 5500. Casualties agak minimized since asrin tu dalam bentuk liquid, so pihak keselamatan sempat nak seal the infected area. Antara simptom2 gas ini: miosis, sakit kepala, dyspnea, nausea, ocular pain, blurred vission, vomiting, coughing dan muscle weakness. Kalau kronik dia attack sistem respiratori dan kardiopulmanori.
Dalam kelas pagi ini, Prof Jalifah ada bercerita tentang chemist yang tahu benda2 kimia. Prof Ambar pun ada berkata yang chemists adalah orang yang ada 'solution' dan hot property lah senang crita. That's why bila perang pihak yang diserang akan menyelamatkan saintis2 (physicist/chemists) habis- habisan dan pihak menyerang akan cuba menawan saintis2 ini. Kesannya jelas sekali, boleh mencipta teknologi dan senjata baru demi kegunaan perang.
Apapun, bersyukurlah kerana Malaysia belum pernah mengalami peperangan moden yang menggunakan senjata non-konvensional seperti WMD ini. Cuba bayangkan ketika kita tengah tunggu KTM kat KL Sentral punya hub, tiba2 ada orang lepaskan gas mustard atau sarin. Apa nak buat ketika tu?
Siri Idola #1
Ahli kimia pertama yang memenangi Nobel Prize pada tahun 1901. Beliau ialah individu yang bertanggungjawab dalam penemuan hukum kimia dinamik dan penyelesaian tekanan osmotik.
D.O.B : 30 Ogos 1852
Tempat Lahir : Rotterdam, Belanda.
Info : 1869 - Memasuki Polytechnic School di Delft.
1971 - Mendapat Diploma Teknologi.
1872 - Bekerja dengan A.F Kekule di Bonn
1873 - Bekerja dengan A. Wurtz di Paris.
1874 - Kembali ke Belanda, dan mendapat Ijazah Kedoktoran di bawah E.Mulder di
Utrecht. Tesis beliau bertajuk "Contribution to the knowledge of cyanoacetic
acids and malonic acid".
1876 - Menjadi pensyarah di Veterinary College di Utrecht.
1877 - Menjadi pensyarah di University of Amsterdam.
1878 - Dipertanggungjawabkan memegang jawatan Professor of Chemistry,
Minerology dan Geology di universiti yang sama.
- Berkahwin dengan Johanna Francine Mess. Dianugerahkan 2 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.
1884 - Mengeluarkan sebuah buku bertajuk "Studies in dynamic chemistry".
1885 - Wujudnya van't Hoff-Le Chatelier principle.
- Mengemukakan teori tekanan osmotik.
1888 - Orang luar yang pertama bekerja dengan beliau, iaitu Arrhenius.
1901 - Dianugerahkan Hadiah Nobel atas usaha beliau.
Anugerah lain yang pernah diterima :
1892 - Honorary member of the Royal Academy of Sciences, Gottingen.
1893 - The Davy Medal of the Royal Society
1894 - Chevalier de la Legion d'Honneur
1898 - Honorary member of the Chemical Society,London.
- Honorary member of the American Chemical Society.
1901 - Honorary doctorate of Harvard and Yale.
1903 - Honorary doctorate of Victoria University, Manchester
1905 - Honorary member of the Academie des Sciences, Paris.
1908 - Honorary doctorate of Heidelberg
1911 - Helmholtz Medal of The Prussian Academy of Sciences
- Senator der Kaiser-Wilhelm-Gesellschaft
p/s : Letak nama dia dalam penghargaan tesis,boleh?