Saturday, March 12, 2011

Tahun 2011 Tahun Kimia

(...ini adalah surat tak rasmi yang tak mengikut format SPM, PMR mahupun UPSR....sekian...)

Assalamualaikum w.b.t.

Kehadapan chemist2 yang disayangi sekalian. Untuk memastikan Kelab Kimia maju dalam apa sahaja, IT ataupun study, blog ini telah di re-make untuk memastikan Kelab Kimia maju seperti kelab2 maju yang lain seperti Kelab Bolasepak Johor a.k.a Johor FC, Kelab pemimpin rakan sebaya kat sekolah, mahupun kelab-kelab yang sewaktunya.

Untuk memastikan blog ini hidup, ataupun tak bersawang di laman sesawang, semua chemist di UKM, tak kisah JANTINA, tak kira SENIOR or JUNIOR, takde isu2 ko KOLEJ lain, aku KOLEJ lain, anda amat diGALAKkan untuk menjadi author di blog ini. Tak kisah la, nak buat announcement, cerita pasal aktiviti kelab, hatta masukkan info2 mengenai kimia, janji blog ni bernyawa.

Yang dah ada account Gmail, mudah nak jadi author. Yang belum ada, boleh buat, pastu inform kat Kak Suhaila yang anda nak jadi author. Mudah kan?

Anda semua masuk ke UKM dengan nama KIMIA. So, semua employer2 tak akan tanya, "awak ni kolej mana dulu masa kat UKM??" atau apa2 sahaja yang tak berkaitan dengan kerja.

MAJULAH KIMIA UNTUK NEGARA

1 comment: